Friday 6 April 2018

BETUL ATAU TIDAK!!!!!!

SUMBER : COPY AND PASTE DARI BLOG ORANG PUNYER...HEHHEH..MINTAK IZIN YAA

Salam. Seperti yang saya janjikan, saya akan ceritakan tentang kisah2 misteri yang diviralkan oleh sape pun tak tau di google berkenaan hantu2 yang berkeliaran di Mayangsari Port Dickson. Hantu apa?
Takde sape pun tau hantu apa, sebab yang tukang sebarkan cerita di internet semua tulis yang kisah tu kawan kepada kawan dia yang alami, atau pakcik kepada jiran lama dia, atau ‘diri sendiri’ yang tulis tapi sumbernya tak tau dari mana, lalu kisah mistik mayangsari port dickson menjadi viral. Setakat ni belum ada tuan punya badan yang kena kacau dengan ‘hantu’ sendiri yang ceritakan kisah sebenar.
Dan kisah2 yang tersebar diinternet tu aktif sekitar tahun 2008-2011 ketika mayangsari sedang mula mendapat sambutan. ok tak nak cerita pasal orang dengki atau orang buat cerita ke apa, tapi nak cerita kisah2 kejatuhan mayangsari.
Dulu mayangsari ni pemilik asalnya seorang jutawan indonesia. Nama mayangsari ni dulu Grand Royal. sampai sekarang pun di Bandung Indonesia ada nama hotel tu. Dipendekkan cerita, saya pun tak dapat nak ceritakan masalah dalaman pengurusan ketika itu, sehinggalah Grand Royal di beri penjenamaan semula dan bertukar owner, maka kekalkan sehingga hari ini nama Mayangsari.
Bangunan yang berada dihujung kolam renang tu adalah bangunan lama. Bangunan tu sekarang ni dah tak beroperasi lagi. Bangunan tulah yang diviralkan berhantu dan terdapat pelbagai gangguan.
Kisahnya, salah satu cara pengurusan baru nak dapatkan dana untuk aktifkan hotel adalah dengan cara :
  1. Jual unit kepada orang yang berminat untuk menguruskan unit masing2.
  2. Jual kepada orang yang berminat dengan skim joint ownership (JO).
  3. Jual sendiri penginapan kepada walk in customer.
Dan masalah bermula apabila owner2 yang beli apartment tidak mengaktifkan diri dari segi jualan, maka mereka menolak untuk membayar wang pengurusan seperti kebersihan bangunan, lift, api, air (sebab mereka tak guna unit tu kata mereka).
Disitu ada lebih kurang 50% apartment adalah milik persendirian. jadi tanpa kerjasama owner setiap unit, Pihak mengurusan mayangsari pun gagal menguruskan hotel tersebut ketika itu. Sebab hotel kena tanggung semua maintenance seluruh bangunan.
Dari situ bermula kisah2 hantu ni tersebar di internet. Terutama kisah gangguan di bilik 703 yang diviralkan ade sebuah keluarga yang penulisnya membahsakan dirinya Aben kene ganggu kat apartment tu. Tapi sumber penulisan tak tau dari mana, kisah Aben tu hanya dibaca dari sebaran copy paste. Katanya Aben tu dengar bunyi bukak pintu, bunyi bukak air, nampak makhluk putih perhatikan dia. kalau orang lain dah lari dah malam tu jugak. takde nye nak tunggu sampai pagi kan? hehe..
Dan ada versi lain pulak cerita ada dengan suara budak nangis, cari punya cari, muncul la sorang budak kecik nangis cari mak dia, bila tanya budak tu duduk mana, budak tu kata tingkat atas, so orang tu pun assume la budak tu duduk tingkat 7. dia hantar budak tu kat tingkat 7 tapi lepas hantar, dia blah, tetibe teringat mak dia ckp bilik tu kosong, dia pun patah balik, tgk2 budak tu hilang. bermakna? dia hantar depan pintu je ke? tak masuk tolong ketuk cari sampai jumpe parents budak tu? lol..
oklah tu hanya cerita copy paste, mungkin penulis asal ada cerita detail tapi tukang copy ambik point2 penting je kot kan…
ok berbalik kepada kisah Mayangsari ni, selepas bangunan lama tu gagal diselenggara kerana kekurangan modal, tempat tu pun terbengkalai beberapa tahun, dah takde api air semua, hotel pun di tutup la. Dan bila bangunan tinggal lama ni faham2 jelah, macam2 kisah la keluar dan menjadi bualan ramai termasuk la nampak cik ponti terbang la, nampak orang berenang malam2 la. tapi sape yang nampak ye kalau tempat tu dah ditutup? tak kan gigih pulak orang yang bercerita masuk kawasan tu sebab nak buktikan tempat tu berhantu. atau pak guard kerja situ balik rumah tulis blog? ok pak guard pun takde. bangunan tu memang terbiar dan tak dijaga selama beberapa tahun. so cerita2 dari internet masih belum ada kesahihannya. Tapi sebelah mayangsari tu Hotel Corus Paradise. memang pernah ada kes bunuh diri terjun dari tingkat 9 Hotel Corus tu dulu katenye masuk surat khabar.
Geng seekers pun pernah masuk bangunan mayangsari mase terbiar dulu tapi gagal bertemu ‘benda tu’.
ok sambung balik cerita. Selepas hotel tutup, terbiar beberapa tahun, owner pun gigih jugak nak bangunkan semula tempat tu. sebab tempat  tu cantik, strategik, masa saya masuk bangunan lama tu saje nak tengok2. Saya masuk sampai lobby je, sebab saya ni penakut la jugak, walaupun siang, tak berani nak naik tangga sampai tingkat 7 semata2 nak check kewujudan bilik 703 yang diviralkan tu. hahaha
Lobby dia memang 5 star deco. Perabot kayu jati asli yang mewah di bahagian reception. Lelangit lobby tu ada kain2 ala2 ulekmayang, deco dia berkonsepkan bali. Mungkin sebab owner asal dia dari indonesia, owner baru kekalkan konsep tu. agaknyelah.
Itu cerita tahun lepas, sebulan sebelum saya kembali bercuti ke Mayangsari, saya nampak iklan mereka jual semua perabot2 hotel bangunan lama. Saya agak, mungkin owner baru ni ada plan nak naikkan semuala tempat ni, nak buat penjenamaan semula sekali lagi selepas renovate agaknya.
Minggu lepas saya ke Mayangsari borak2 dengan staff, mereka kata owner jual perabot semua sebab bangunan tu memang dah tak boleh buat apa2, mereka cuba boleh jaga luaran je supaya tak nampak buruk. Nak robohkan tak boleh, nak jual tak boleh, nak renovate balik pun tak boleh semua 50% unit di bangunan tu adalah milik persendirian.
Dah tentulah owner2 unit tu semua tunggu masa je nak tuntut ganti rugi memandangkan diorang pun dah rugi beli unit kat situ, lepas tu viral berhantu pulak, tak boleh nak buat sale.
So, pengurusan baru ni pun buat satu lagi bangunan 10 tingkat di bahagian kiri kolam renang dan teruskan bisnes dengan modal minima. kali ni mereka masih lagi gunakan cara mencari pelabur melalui skim joint ownership (JO) tu. Tapi dah tak jual kepada orang2 persendirian lagi dah sebab tak nak jadi macam bangunan lagi satu tu.
sekarang ni yang beroperasi hanya bangunan baru, itupun cuma 3 tingkat je. level lain masih belum beroperasi sepenuhnya, perabot pun takde lagi.
Minggu lepas saya datang sana, nak jalan2 tengok bangunan lama. Tapi laluan dah ditutup dengan zink2 so tak boleh masuk. Boleh la masuk kalau gigih masuk celah2 kayu, tapi tak kose lah i hahaha…
Dapat bayangkan zaman kegemilangan tempat ni satu masa dulu. Lanskap dia memang sangat menarik berkonsepkan bali. kalaulah dapat dipulihkan balik tempat ni, owner dan pengurusan bersatu, mungkin boleh pegi jauh tempat ni. Tapi dengan kisah viral yang mcm2, tak mungkin diorang setuju nak invest pulak kan? hehehe…
setakat ni takdelah kisah viral kene kacau sampai kene cekik, kene goyang katil, kene gegar2 usik teruk2 pun. Yang viral tu semua cerita2 ringan je. sumber dan kesahihannya masih tak dapat dipastikan dari siapa.
keluar masuk staff yang resign pun bukanlah sebab kene kacau hantu ke ape, tapi selalunye sebab dapat better offer, Mayangsari tak dapat bagi gaji tinggi, dana tak cukup, lagipun banyak lagi suite hotel lain yang kene maintain seperti di Dungun, Melaka, Cameron.
Dengan cerita2 hantu yang tak diketahui kebenaran tu pulak, lagi susah la nak dapat pelabur. Itu cerita pihak pengurusan tertinggi. Saya yang sekadar JO ni pun punye la susah nak tepis cerita2 tu time buat promo untuk jual tempat tu. Semua gara2 kisah2 viral copy paste dari internet


NOTA KAKI : KALAU BERMINAT NAK MENGINAP DI MANA-MANA HOTEL/APARTMENT MAYANGSARI.. JANGAN LUPA HUBUNGI SAYA DI 019-3287837.

Thursday 17 July 2014

PELUANG UNTUK MEMILIKI APARTMENT SENDIRI..

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam 1Malaysia..

Hurm...agak pelik tajuk kalau dibaca..mampukah kita yang terdiri daripada orang kebanyakkan memiliki sebuah apartment peranginan sendiri...TAPI, semuanya akan saya beritahu sekejap lagi...

Melalui Program Di Bawah Mayangsari Resort & SPA yang beribu pejabat di Port Dickson, Negeri Sembilan ini...Kini anda mampu memiliki bukan setakat seunit apartment peranginan sendiri, malahan boleh asalkan mengikut kemampuan poket masing-masing..Melalui program yang dilancarkan oleh Mayanggsari Resort & SPA ini, anda semua boleh memiliki unit apartment peranginan dari serendah RM9,888.00 sehingga RM29,888.00 iaitu dari apatment jenis satu (1) bilik sehingga ke jenis apartment 'Penthouse'.  Di samping peluang memiliki apartment peranginan sendiri, ianya juga merupakan satu pelaburan masa panjang yang sangat bijak kerana ianya boleh dijual dengan harga semasa dan yang paling PENTING-ianya boleh diwarisi kepada keturunan dan keluarga kita..maksudnya FREEHOLD....


Ok..berbalik pula kepada kelebihan-kelebihan setelah anda memiliki/membeli apartment peranginan di bawah Mayangsari Resort & SPA ini...Anda akan dikenali dengan 'Joint-Owner' yang mana setiap 'Joint-Owner ini akan diberikan Kad Keahlian dengan No. Keahlian.. Untuk setiap 'Joint-Owner, anda akan diberikan beberapa kelebihan dan keistimewaan. Ok...saya akan ceritakan dengan lebih lanjut apakah kelebihan dan keistimewaan sekiranya anda membeli dan menjadi pemilik apatment peranginan di bawah Mayangsari Resort & SPA ini...Sebagai pemilik ekslusif Mayangsari Resort & SPA, anda sebagai 'Joint-Owner' layak untuk menginap di mana-mana rangkaian  hotel di bawah nama Mayangsari & SPA iaitu di Negeri Sembilan - Port Dickson, Melaka - A Famosa dan Mahkota Melaka, Terengganu -Mayangsari Dungun, Kelantan - Kelantan Trade Center (KTC), Pahang -Cameron Highland, Indonesia -Jakarta dan Bandung serta rangkaian-rangkaian hotel di bawah Exchange DAELIVE.com;  

   Sekiranya pemilik/pembeli aka 'Joint-Owner' sudah habis  menggunakan kelayakan yang diberikan iaitu 8hari 7malam secara percuma, anda hanya akan dikenakan bayaran sebanyak 50% daripada bayaran penuh pada 8hari 7malam berikutnya..contohnya, sekiranya anda nak menginap di Cameron Highland dan bayaran untuk satu malam adalah RM500.00..jadi anda sebagai 'Joint-Owner' layak mendapat pemotongan bayaran sehingga 50%.UNTUNGKAN..saper nak bagi..  dan sekiranya kelayakan untuk 8hari 7malam dengan pemotongan sehingga 50% sudah abis digunakan, makanya...untuk malam-malam berikutnya sehingga cukup untuk setahun dari kita menjadi 'Joint-Owner' kadar bayaran yang akan dikenakan adalah pemotongan sehingga 30%..anda paham bukan???maksudnya sekiranya bilik yang kita hendak menginap tu di bawah rangkaian Mayangsari & SPA adalah berharga RM250.00, maka kita layak mendapat harga sebagai 'Joint-Owner' sebanyak RM175.00 iaitu poyongan sebanyak 30%..hurm..berbaloi-baloikan..heheheh...

         Ada lagi kelebihan ni..sebagai 'Joint-Owner', anda berhak dan layak untuk mewariskan unit apartment yang dibeli di bawah rangkaian Mayangsari Resort & SPA ini kepada orang tersayang..untungkan..di bawah Pegangan Bebas, anda boleh mewariskan atau menjualkannya kepada yang berminat mengikut nilai semasa.. Satu pelaburan yang cukup bijakkan...  Selain itu, untuk mendapatkan duit poket la kata, kita boleh menyewakan apartment tersebut kepada sesiapa sajer...saper yang tak nak bercuti di tempat yang cantik dengan harga yang menarik...mesti ramai yang mahukan...kui..kui.. :)..


Jadi untuk maklumat lebih lanjut..tak kiralah..untuk menginap ker..nak tau detail pasal pembelian unit apartment ker..boleh hubungi saya di talian 019-3287837 -Matnor atau emelkan sajer ke matnormayangsari@gmail.com

Adios....:)  Peace No WAR...














Sunday 12 May 2013

Promosi Sempena Cuti Sekolah..

Yeay....

Cuti Sekolah datang lagi..jadi, sempena cuti sekolah ni  memandangkan 1 unit apartment di Mahkota Melaka(2 bilik) telah ditempah..maka dengan ini saya telah membuka dan memberi peluang kepada mereka-meraka yang berminat untuk menginap di sini..harga yang ditawarkan adalah dijamin lebih rendah jika anda 'walk-in' terus di hotel...

Hubungi saya sekiranya anda berminat di talian 019-3287837..

Selamat bercuti...

Antara tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi sepanjang di Melaka...

1. Melaka Wonderland..http://www.melakawonderland.com.my
2. Tempat-tempat peninggalan sejarah..

Sunday 9 September 2012

MAYANG SARI SUITE COSTA, MAHKOTA MELAKA

Masih daalam mood raya..nak update blog pun rasa malas..tapi kena update juga sikit-sikit..
ok, untuk kali ni aku nak cerita pulak pasal satu lagi lokasi hotel @ resort yang dimiliki oleh Mayangsari Hotel & Resort SPA..kali ni di Bandar Melaka..Bandar Bersejarah..Lokasinya adalah di Mayangsari Suite Costa, Mahkota Melaka..
Lokasi hotel ini terletak betul-betul di tengah Bandar Melaka..Jadi kalau menginap di sini, mudahlah nak meronda-ronda di Bandar Melaka..nak makan pun senang..Jadi aku nak tunjuk la sikit koleksi gambar yang aku ada bagi nak tunjuk gambaran bilik dan hotelnya..hehehe..

Dari pandangan luar...

Ruang Tamu..

Bilik Tidur Utama..

Bilik Tidur lagi..No.2

So, kepada kawan-kawan yang bercadang untuk bercuti atau nak ke Melaka dan berminat untuk menginap di sini, bolehlah menghubungi saya seperti di sebelah..kaedah untuk menginap pun telah disertakan untuk kemudahan kawan-kawan membuat tempahan..so ENJOY....

Tuesday 28 August 2012

MAYANG SARI EQUOTARIAL CAMERON HIGHLANDS, PAHANG

Apa khabar sahabat-sahabat di luar sana...berjumpa lagi kita selepas sibuk menyambut Bulan Ramadhan dan meraikan Hari Raya Aidil Fitri..dan masih belum terlambat rasanya untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri..Maaf Zahir dan Batin..

Kali ni aku nak cerita dan bersembang lak pasal lagi satu lokasi penginapan di bawah Mayangsari Resort &Spa...part ni aku nak cerita pulak pasal Mayangsari Suite Equotarial..lokasi kai ni adalah di Cameron Highland, Pahang Darul Makmur..Bila sebut Cameron Highland, mesti kita akan teringat akan kebun teh, kebun sayur dan juga ladang strawberi..yang paling best, kan sana kita xperlu susah-susah nak cari suis aircond..hahaah...tapi bila kata bilik jenis suite tuh, mesti harga dia boleh tahan la kan...

Dan macam biasa, sedikit gambar untuk tatapan kawan-kawan...

Pemandangan dari luar hotel...

Ruang tamu yang simple..

Lengkap dengan meja makan...

Bilik tidur utama...

Bilik tidur No.2..

Jadi kepada yang nak berbulan madu atau bercuti ke Cameron Highland, bolehlah menghubungi saya untuk tempahan dan penginapan..no. tepon dan alamat emel ada di sebelah..hheehe..

Wednesday 15 August 2012

HARGA BILIK DI MAYANG SARI

Untuk makluman dan perhatian pelawat-pelawat laman blog ni...
Bagi mendapatkan harga istimewa, sila hubungi kami...Insyaallah..TERBAIK...




JANGAN LUPA TAU...


Tuesday 14 August 2012

MAYANG SARI A' FAMOSA , MELAKA

Kali nie aku nak cerita pulak satu lagi lokasi Mayangsari Resort..Kali ni di Melaka..Mayangsari Resort di A' Famosa, Melaka..Resort ni terletak betul-betul dalam kawasan pagar A' Famosa Resort..nak sampai ke Mayangsari Resort ni, kena lepas dua pos kawalan keselamatan..huhuhu...

Bagi yang nak bawak anak-anak dan keluarga bercuti..di sini la tempatnya. Di A' Famosa Resort..Di sini, terdapat banyak lokasi menarik untuk dilawati dan dikunjungi..bagi yang nak bawak keluarga bersuka-ria dan bermandi-manda, bolehlah mengunjungi Water World..bagi yang sukakan flora dan fauna, bolehlah melawati Taman Safari...Pada sebelah malam pulak, bolehlah menyaksikan persembahan di Cowboy Town..selepas tue, kita boleh saksikan pertunjukkan bunga api..tiap-tiap malam woo ada pertunjukkan bunga api..Pada abang-abang yang suka bermain golf tue, jangan lupa bawa set golf anda..di sini terdapat juga padang golf di A' Famosa Golf..

Di sini ada sedikit gambar apartment Mayangsari Resort di A' Famosa Resort Melaka..

Ni Bangunan Mayangsari Resort..

Ruang Tamu...

Meja Makan siap dengan kelengkapan...

2nd Bedroom..

Ruang Dapur yang simple..

Kolam Renang..

Dan kepada kawan-kawan yang berminat untuk ke sini..jangan lupa hubungi kami yer..Insyaallah, harga yang terbaik akan kami tawarkan...Terbaik...