Sunday 9 September 2012

MAYANG SARI SUITE COSTA, MAHKOTA MELAKA

Masih daalam mood raya..nak update blog pun rasa malas..tapi kena update juga sikit-sikit..
ok, untuk kali ni aku nak cerita pulak pasal satu lagi lokasi hotel @ resort yang dimiliki oleh Mayangsari Hotel & Resort SPA..kali ni di Bandar Melaka..Bandar Bersejarah..Lokasinya adalah di Mayangsari Suite Costa, Mahkota Melaka..
Lokasi hotel ini terletak betul-betul di tengah Bandar Melaka..Jadi kalau menginap di sini, mudahlah nak meronda-ronda di Bandar Melaka..nak makan pun senang..Jadi aku nak tunjuk la sikit koleksi gambar yang aku ada bagi nak tunjuk gambaran bilik dan hotelnya..hehehe..

Dari pandangan luar...

Ruang Tamu..

Bilik Tidur Utama..

Bilik Tidur lagi..No.2

So, kepada kawan-kawan yang bercadang untuk bercuti atau nak ke Melaka dan berminat untuk menginap di sini, bolehlah menghubungi saya seperti di sebelah..kaedah untuk menginap pun telah disertakan untuk kemudahan kawan-kawan membuat tempahan..so ENJOY....

Tuesday 28 August 2012

MAYANG SARI EQUOTARIAL CAMERON HIGHLANDS, PAHANG

Apa khabar sahabat-sahabat di luar sana...berjumpa lagi kita selepas sibuk menyambut Bulan Ramadhan dan meraikan Hari Raya Aidil Fitri..dan masih belum terlambat rasanya untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri..Maaf Zahir dan Batin..

Kali ni aku nak cerita dan bersembang lak pasal lagi satu lokasi penginapan di bawah Mayangsari Resort &Spa...part ni aku nak cerita pulak pasal Mayangsari Suite Equotarial..lokasi kai ni adalah di Cameron Highland, Pahang Darul Makmur..Bila sebut Cameron Highland, mesti kita akan teringat akan kebun teh, kebun sayur dan juga ladang strawberi..yang paling best, kan sana kita xperlu susah-susah nak cari suis aircond..hahaah...tapi bila kata bilik jenis suite tuh, mesti harga dia boleh tahan la kan...

Dan macam biasa, sedikit gambar untuk tatapan kawan-kawan...

Pemandangan dari luar hotel...

Ruang tamu yang simple..

Lengkap dengan meja makan...

Bilik tidur utama...

Bilik tidur No.2..

Jadi kepada yang nak berbulan madu atau bercuti ke Cameron Highland, bolehlah menghubungi saya untuk tempahan dan penginapan..no. tepon dan alamat emel ada di sebelah..hheehe..

Wednesday 15 August 2012

HARGA BILIK DI MAYANG SARI

Untuk makluman dan perhatian pelawat-pelawat laman blog ni...
Bagi mendapatkan harga istimewa, sila hubungi kami...Insyaallah..TERBAIK...




JANGAN LUPA TAU...


Tuesday 14 August 2012

MAYANG SARI A' FAMOSA , MELAKA

Kali nie aku nak cerita pulak satu lagi lokasi Mayangsari Resort..Kali ni di Melaka..Mayangsari Resort di A' Famosa, Melaka..Resort ni terletak betul-betul dalam kawasan pagar A' Famosa Resort..nak sampai ke Mayangsari Resort ni, kena lepas dua pos kawalan keselamatan..huhuhu...

Bagi yang nak bawak anak-anak dan keluarga bercuti..di sini la tempatnya. Di A' Famosa Resort..Di sini, terdapat banyak lokasi menarik untuk dilawati dan dikunjungi..bagi yang nak bawak keluarga bersuka-ria dan bermandi-manda, bolehlah mengunjungi Water World..bagi yang sukakan flora dan fauna, bolehlah melawati Taman Safari...Pada sebelah malam pulak, bolehlah menyaksikan persembahan di Cowboy Town..selepas tue, kita boleh saksikan pertunjukkan bunga api..tiap-tiap malam woo ada pertunjukkan bunga api..Pada abang-abang yang suka bermain golf tue, jangan lupa bawa set golf anda..di sini terdapat juga padang golf di A' Famosa Golf..

Di sini ada sedikit gambar apartment Mayangsari Resort di A' Famosa Resort Melaka..

Ni Bangunan Mayangsari Resort..

Ruang Tamu...

Meja Makan siap dengan kelengkapan...

2nd Bedroom..

Ruang Dapur yang simple..

Kolam Renang..

Dan kepada kawan-kawan yang berminat untuk ke sini..jangan lupa hubungi kami yer..Insyaallah, harga yang terbaik akan kami tawarkan...Terbaik...

Wednesday 8 August 2012

MAYANG SARI SUITE C CHANTIQUE, KOTA BHARU, KELANTAN.

Assalamualaikum dan Salam 1Malasia...

Berjumpa lagi kita..kali ni aku nak berkongsi pulak salah satu lagi lokasi hotel yang dimiliki oleh Mayang Sari Resort & Spa ni..kali ni di Kota Bharu, Kelantan pulak.  Saper yang tak kenal Negeri Kelantan..Tanah Sekebun Bunga..Digelar Serambi Mekkah..Orangnyer comey-comey dan ramah-tamah..Ok, Berbalik kita pada hotel Mayang Sari di Kota Bharu ni..Hotel ni terletak di Kelantan Trade Centre (KTC) yang mana ianya terletak di tengah-tengah bandar Kota Bharu..Jadi senang la nak jalan-jalan di Bandar Kota Bharu..Membeli di Pasar Besar Khadijah dan merewang di Pasar Wakaf Che Yeh..Nak gie jalan-jalan Rantau Panjang pun senang jer....Ni sedikit gambar hotel Mayang Sari di Kota Bharu untuk tatapan kawan-kawan semua...


Lobi Hotel..


Ruang Tamu Apartment...

Bilik Tidur...

Pasal nak makan ni, kawan-kawan tak payah la risau sangat.. Kat Kelantan ibarat syurga makanan..Ada nasi kerabu, nasi dagang, nasi berlauk dan bermacam lagi la..Jadi sesaper yang nak menginap di sini bolehlah menghubungi saya untuk urusan tempahan..Insyaallah harga yang akan ditawarkan lagi murah berbanding kalau kawan-kawan 'direct' ke hotel sendiri.. 

Monday 6 August 2012

MAYANG SARI RESORT DUNGUN, TERENGGANU.

Hai kawan-kawan...
Berjumpa lagi kita...kali ini aku nak tunjuk pulak cawangan Hotel dan Resort kepunyaan Mayang Sari..kali ini di Dungun, Terengganu Darul Iman pulak...lokasi kali ni dekat dengan UITM Kampus Cawangan Dungun..maksudnya di tepi Pantai Dungun...semua orang tau, Pantai-Pantai di Terengganu memang Terbaik...Di sini, Mayang Sari menawarkan tempat penginapan yang berkonsepkan Pool Villa serta Garden Villa. Di Pool Villa, Mayang Sari menyediakan kelengkapan yang lengkap untuk sebuah rumah termasuklah 2 bilik tidur yang mewah serta kolam renang peribadi. Di Garden Villa pula, terdapat 4 bilik tidur yang lengkap dan sesuai untuk yang mempunyai keluarga yang besar.

Ni aku tunjukkan sedikit gambar yang ada dalam simpanan aku..

Pintu Masuk...

Kolam Renang..Personel Kolam Renang...

Lagi Kolam Renang..Bali Stail..

Ada Gazebo...

Gazebo di waktu malam..sangat romantik...

Bilik Tidur....

Bilik Tidur No.2...

Ruang Tamu..Ni Unit lama..

Jalan Nak Ke Pantai..

 



Monday 30 July 2012

MAYANG SARI RESORT PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN

Di Port Dickson, Mayang Sari Resort juga menyediakan apartment.  Di sini, terdapat 2 jenis apartment yang ditawarkan...ikut selera dan kemampuan kita..Ada apartment 2 bilik dan juga apartment 1 bilik...
 















Ni pulak bahagian dalaman dia..deko yang cantik..mesti korang akan puas hati kalau menginap kat sini...

Ruang Tamu..cantik kan...

Ruang Tamu Lagi..
Ruang Tidur yang Selesa....
Ruangan Dapur Yang Simple...Tapi ada oven dan juga pemanas air...
 Bilik Air...Macam hotel 5 star...

Selain itu juga, apartment ini juga dilengkapi dengan tv, peti sejuk dan juga air-cond...ada juga kolam renang...kepada yang suka bermandi-manda tu...apa lagi terjun pantai la...kepada yang nak buat 'family day' tu, memang sesuai sangat lah tempat ni...boleh buat sukaneka..BBQ dan macam-macam lagi la...nak makan..hurm...dekat sajer dengan Pekan Port Dickson..ni peta(map) bagi memudahkan sesaper yang nak 'mengusha' ataupun yang nak menginap di sana...





MACAM MANA TUH NAK KE MAYANG SARI PORT DICKSON...

1. Dari Tol Kl-Johor (PLUS), ambik susur keluar Seremban-Port Dickson....;
2. Kemudian teruskan perjalanan...ada dua pilihan jalan:-
    a) Ikut Batu 4 - sampai Simpang 3 ambik kanan dan anda akan menyusuri Muzium  
        Tentera Darat..kemudian jumpa Simpang 3, ambik lagi kanan dan teruskan    
        perjalanan anda lebih kurang dalam 5km dan anda akan nampak Mayang Sari
        Resort di sebelah kanan anda.
    b) Ikut Lukut - bagi yang keluar ikut Lukut, ambik simpang kanan dan teruskan
        pemanduan dalam lebih kurang dalam 10km dan anda jumpa Sekolah Menengah    
        PD di sebelah kanan anda...selepas pandu dalam lebih kurang 1km, anda akan  
        nampak Mayang Sari Resort di sebelah kanan anda...

SELAMAT BERCUTI...SELAMAT MENIKMATI KEINDAHAN PANTAI DAN BILIK YANG MENARIK..