Tuesday 14 August 2012

MAYANG SARI A' FAMOSA , MELAKA

Kali nie aku nak cerita pulak satu lagi lokasi Mayangsari Resort..Kali ni di Melaka..Mayangsari Resort di A' Famosa, Melaka..Resort ni terletak betul-betul dalam kawasan pagar A' Famosa Resort..nak sampai ke Mayangsari Resort ni, kena lepas dua pos kawalan keselamatan..huhuhu...

Bagi yang nak bawak anak-anak dan keluarga bercuti..di sini la tempatnya. Di A' Famosa Resort..Di sini, terdapat banyak lokasi menarik untuk dilawati dan dikunjungi..bagi yang nak bawak keluarga bersuka-ria dan bermandi-manda, bolehlah mengunjungi Water World..bagi yang sukakan flora dan fauna, bolehlah melawati Taman Safari...Pada sebelah malam pulak, bolehlah menyaksikan persembahan di Cowboy Town..selepas tue, kita boleh saksikan pertunjukkan bunga api..tiap-tiap malam woo ada pertunjukkan bunga api..Pada abang-abang yang suka bermain golf tue, jangan lupa bawa set golf anda..di sini terdapat juga padang golf di A' Famosa Golf..

Di sini ada sedikit gambar apartment Mayangsari Resort di A' Famosa Resort Melaka..

Ni Bangunan Mayangsari Resort..

Ruang Tamu...

Meja Makan siap dengan kelengkapan...

2nd Bedroom..

Ruang Dapur yang simple..

Kolam Renang..

Dan kepada kawan-kawan yang berminat untuk ke sini..jangan lupa hubungi kami yer..Insyaallah, harga yang terbaik akan kami tawarkan...Terbaik...

No comments:

Post a Comment